My Playlist Muahaha

FOn aku... :-)

Hai, assalamualaikum.. Korang ade fon? mestilah ade kan..haha.Maybe ade yang takde atas alasan masing-masing. Ade yang kata fon tak perlu sebab dia da ade internet. Ade jugak yang tak tahan dikacau oleh anonymous bile ade fon, jadi dia tak gne fon. Ok, aku nak story skit pasal fon aku.ha.
First time aku dapat fon, time aku darjah 5, mse umur aku 11 tahun. Mse tu tahun 2007. Oleh kerana pakcik aku beli fon baru, so, dia wariskan fon dia kat aku. tahu model ape?? nk tengok ??




YEA!! inilah dia Nokia 3310..Fuyoo.. Mse mula-mula dapat fon nih, aku cme guna untuk text kawan aku 2 3 kerat je. Sebab yang lain masih takde fon..Haha. aku gne hotlink. top-up seminggu sekali mse ondaway gi koko kat skolah tiap-tiap hari rabu. Fon ni da banyak teman aku mengembara. Gi kem sana sini. Fuyh.. Ade gak dia jatuh berkecai. reassemble, ok balik mcm xde ape2.haha. aku penah mogok nk fon baru.aku try rosakkan fon nih. baling kat dinding.lempar kat siling pastu biar dia jatuh kat lantai. da bape puluh kali aku buat, aku giveup..sebab ape? sebab fon tu tetap utuh tanpa sebarang kerosakan fizikal mahupun software.Paling teruk un, skrin housing retak. Gi kedai beli housing RM10, tukar..jadi mcm baru balik..haha.nostalgia. Adek aku pon pakai fon nih time tuh. hujung minggu,kitorang selalu download ringtone kat Utusan Malaysia.

Masuk Darjah 6, Pakcik aku sorang lagi wariskan fon dia kat aku. Fon tu canggih giler r bagi aku. Naseb baek aku bijak IT. kalau x, mahu sesat dlm fon tuh. Banyak function.nak tau fon ape??
INI DIA!!

 Ini dia Fon NOKIA 7610
atau juga dikenalik sebagai FOn Daun. Sebab apa? entah lah...aku tak pernah plak jumpa daun bentuk macamnih.Aku excited giler pakai fon nih. Mse ni la aku belajar gne MMS, belajar download direct from internet. Fon ni besz.aku sayang. Cuma kualiti sound dia kurang bagus. Tpi ok la..aku beli earfon RM10, aku dengar lagu tiap2 hari..haha. Aku bawak fon nih banyak tempat. Lawatan ke cameron highland and lain2..

Lepas keputusan UPSR diumumkan, seperti diharapkan aku mendapat keputusan paling cemerlang pada tahap tuh iaitu 5A. Ha, seperti yang telah dijanjikan ayah aku belilah fon baru untuk aku. Cadangnyer, nak beli W850i, tak pun Nokia N73, tapi tak jumpa. jalan punya jalan kat warta , belilah FOn nih:


Yea ini dia Nokia N70 Music Edition..
Mse mula-mula dengar music gne fon nih, qualiti dia , pergh...gempak.. Bile dibandingkan dengan 7610 dulu, yang tu bunyi macam korang ketuk periuk...
Name je music edition. Tapi Bunyi still xleh lawan Nokia N79 adek aku. Equaliser un takde. Korang tau apa itu Equalizer?? yang tau tu baguslah.. Yang taktau, try search kat google. So, aku download la LCG Jukebox. Sebuah Software untuk play music. bunyi dia best. Software tu kne bayar, tapi setelah di-hack, dapat la free..tapi bukan latest version la.. AKu pakai fon ni da lama. dari 2008 sampai sekarang. Banyak pengalaman, Fon ni aku sayang. Banyak function. Bole jadi MAP.. gne google maps. Tapi takleh lawan GPS fon adek aku. Camera dia bole tahan, Even hanya 2MP, tapi outdoor pic dia not bad at all.

Fon nih pernah masuk dalam mesin basuh..Ha, memang bersih la dari virus lepas tuh. Selepas 3 hari dijemur, aku try on, dia ok jap, lepastuh off sendiri. So, aku fadeup, aku biar je fon ni kat laci.aku pakai fon yang satu lagi. 


Perkenalkan Nokia 1202. Aku beli fon nih khas untuk gi jauh sperti kem, Lawatan lbeh dari 2 hari, serta untuk time emergency. Oleh kerana Fon N70 kuat gne Power, bateri dia cepat habis. 3 hari dah kong, So, kadang-kadang aku akan guna fon nih.
berbalik kepada N70 tadi, selepas 2 minggu dalam laci, aku saje-saje nak try on sbb nk tunjuk masalah fon aku kat sepupu. bile on, ok pulak.. haha.Maybe sebab dia dah betul-betul kering kot. Aku pun gunalah fon tu balik.

Dalam masa yang sama, aku ade jgak fon Sony Ericsson :

inilah dia W300i, kawan aku bagi..haha.sbb dia da tak guna. tapi aku guna kejap je. Bateri dia x semena-mena kembung. Terus takleh pakai. So, aku malas nak hantar kedai, letaklah dalam laci. tunggu masa ade duit poket lebih, nak hantar kedai lah. Bagi adik-adik aku pakai.

Buat masa ni, aku still pakai fon N70 dan Nokia 1202 tuh, aku x bercadang nak tukar memandangkan 2 2 tu still ok. Kalau orang kata aku ketinggalan zaman sebab pakai fon model lama, aku bangga menjadi begitu. kalau boleh, aku nak pakai balik aku punya Nokia 3310 tu!!!

Tapi, kalau ade peluang untuk bertukar Fon, aku dah ada calon yang berjaya mencuri hati aku

This is my baby Nokia C6..muahaha..mungkin ade yang pernah terbaca kat entri yang aku letak tak lama dulu (tahun lepas). Aku bagi link :


Fon ni besz sangat. atas beberapa sebab. Korang boleh la search specification dia kat Internet. Apabila melihat harganya yang mencecah RM800, susah sikit lah aku nak dapat.. Tapi still tak mustahil kan?haha..Ok lah . Stakat nih sahaja,.assalamualaikum. :-)



2 comments:

Mukhriz Al-Hakim said...

Insyaallah kalau dapat 9A dalam PMR. :)

Iqbal Asri said...

insyallah..haha.thanks mukhriz

Post a Comment

Visitors


widget
 
Copyright © My World, Our World