Bile tengok gambar kelas..aku terfikir, ape lah agaknya keadaan kami 20 tahun nnti? Tatkala kitorng berumur 35.. Jom kita bayangkan..ZASS!!!!!!!!
***
“ Encik Syawal, permohonan untuk membuka cawangan restoran Tsabalala kita yang ke-3 di KLIA telah diluluskan.” Terang Cik Zarina Setiausaha Encik Eizlan Syawal iaitu CEO Syarikat terkemuka pada tahun 2031 ini.
Sejak 10 tahun lalu, Encik Syawal telah membangunkan syarikat Tsabalala Fast Food bersama rakan kongsinya iaitu Encik Muntazar. Kini, empayar perniagaan mereka telah berkembang maju melangkaui batasan antarabangsa. Perusahaan berteraskan makana segera yang berkhasiat lagi halal telah membuka mata rakyat Malaysia tentang pemakanan.Nilai syarikatnya telah mengatasi nilai syarikat ternama di Negara ini seperti Secret Recipe dan Restoran KFC.
***
“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Muntazar?” Syawal berbicara.
“Waalaikumussalam, Muntazar bercakap. Encik Syawal, ada apa call ni?”
“Saja je, erm, sempena majlis pelancaran restoran baru kita, aku teringin untuk mengadakan reunion dengan classmate tingkatan 3 kita semasa di SMK Jalan Empat dulu..Sebelum aku menyambung tingkatan empat di MATRI.”
“Oh, bagus juga, tapi kita sudah terputus hubungan dengan mereka…”
“Haha, aku ada idea, tadi aku baru melihat Ustazah Dr.Farhah bersama suaminya **** dlm rprogram dakwah baru terbitan Astro Oasis.Dia sedang berforum tentang “peranan muslimat dalam pembangunan Negara.” Bicara nya semakin mantap daripada kali terakhir aku mendengarnya berpidato di sekolah dulu. Mungkin aku akan cuba hubunginya melalui syarikat yang menerbitkan buku motivasi hasil nukilannya ”
“Oh, baiklah, aku akan cuba hubungi rakan kita yang lain, Semalam, semasa menghantar Arina ke KLIA, aku berjumpa dengan kenalan kita.Cuba teka siapa?”
“Siapa.Isteri kau hendak ke mana?” Tanya syawal berminat.
“Arina, Dia ke China atas urusan perniagaan.Aku jumpa Iqbal Asri, atau lebih tepat lagi, Kapten Iqbal. Dia sekarang bekerja sebagai juruterbang di Syarikat MAS. Semalam, kereta Audi Q7 ngan hampir berlanggar dengan Mercedes aku di tempat letak kereta KLIA. Dia keluar dari kereta unutk meminta maaf. Pemanduku juga begitu.Katanya, dia perlu segera kerana penerbangan nya ke Switzerland akan berlepas 1 jam lagi. Kemudian, aku terasa seakan mengenalinya, aku keluar dari kereta dan dia memandang ku selama 5 saat tanpa bicara sebelum memelukku. Sahabat lama..Aku tidak menyangka dia masih mengenaliku. “
“iqbal, iqbal, tercapai juga cita-citanya. Baiklah, aku akan menghubungi kamu jika ada perkembangan.assalamualaikum”
“waalaikumussalam..” talian diputuskan.
***
Syawal mendail nombor telefon yang tercatat dalam buku notanya semasa di Universiti dahulu. Buku yang ditemui nya secara kebetulan semasa dia berserta isteri dan anak-anaknya bergotong-royong mengemas stor banglo kediaman mereka.
“Assalamualaikum, boleh saya beercakap dengan Encik Muqri?” syawal terkejut apabila mendengar suara seorang wanita di hujung talian.
“Waalaikummussalam. Dia tiada di rumah. Dia keluar dengan anak-anak ke kedai untuk membeli kek hari lahir Mysara. Dia tertinggal telefon bimbitnya di rumah.Maaf,Siapa ni?” soal wanita tersebut.
“Ini Eizlan Syawal, sahabat lamanya semasa di university dan sekolah dahulu. Maaf bertanya, saya pula sedang bercakap dia siapa?”
“Oh maaf, saya lupa untuk kenalkan diri tadi. Saya Puan Amira, Isteri encik Muqri.”
“Tidak mengapalah, saya akan menghubunginya semula nanti. Assalamualaikum” kau telah maju Muqri, syawal berfikir sendirian.
***
“sayang, esok muntazar nak jumpa abang dekat cafĂ© tepi tasik tu..sayang nak ikut?” Tanya syawal dengan mesra.
“Boleh juga. Sayang pun sunyi duduk rumah sorang-sorang bile azman ke sekolah. Lina ikut juga ke nanti?”
“ Abang rasa, muntazar mesti bawa Lina kesayangan dia tu sekali. Tak kan lah dia nak tinggalkan isteri dia seorang diri di rumah.lagipun,mereka memang pasangan yang mesra seperti bulan pertama selepas kahwin”
“Tapi masih tak boleh manandingi kemesraan kita. Tak gitu?” Tanya Zurin sambil memaparkan senyuman manis di bibirnya..
“Of coz lah” syawal menjawab dan membalas senyuman isterinya itu sebelum memadam lampu tidur di sebelah katil mereka.
Sebelum melelapkan mata, syawal terbayang wajah rakan-rakannya yang telah sekian lama terpisah. Dia masih ingat peristiwa yang tidak akan dilupakannya ketika majlis perpisahan mereka 20 tahun dahulu..
Bersambung….
Sori kalau ade typing error..
Muntazar
13/3/2031
0 comments:
Post a Comment